Friday, October 23, 2015

Persiapan Pertunangan 2015

Nak bertunang dah ke?
Macam tak percaya pula.

Berkenalan dalam masa setahun lebih sahaja. 

TARIKH
Haaaa.. Bab ni pada pendapat saya adalah bab yang paling susah.
Sebab tarikh ni kena dapat persetujuan kedua belah pihak.
Kenapa saya kata susah??
Bila kita dah bincang dengan pasangan nak pilih tarikh, kita perlu tanya kedua belah pihak. Kalau salah satu pihak tidak bersetuju, perlu berbincang semula tarikh yang lain. Yang tarikh ini, memang nak ambil pada cuti sekolah. Jadinya mungkin ada saudara mara yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah juga. Ye la plan pun last minit. hehehe.
Tapi ALHAMDULILLAH, Akhirnya tarikh untuk majlis pertunangan ni telah dipersetujui. 

BAJU TUNANG
Baju tunang ni saya terlebih excited. Bajet nak cari bawah RM300 sahaja. Kena lah letak bajet mahal sikit, sebab sekarang barang makin mahal. Dulu-dulu boleh lah dapat bajet bawah RM200. Kalau beli ONLINE memang banyak yang murah, tapi tak boleh tengok material kain tu macam mana, Klo online tidak boleh nak try baju tu dulu. hehehe.. Nanti tak muat lah. Saya ada baca juga kat blog lain. Diorang beli kain dan lace sendiri dan tempah kat butik. Saya ni tak berapa nak kreatif. Jadi saya beli yang dah siap je la. senang. Veil pun beli dah siap. Tudung pakai bawal satin sahaja. Bajet yang telah digunakan cukup-cukup RM300. 

Teaser Baju Tunang.

p/s: kalau nak tengok baju tunang tu kena tunggu berlangsung dulu. kalau tunjuk sekarang tak suprise

HANTARAN
Hantaran ni saya tak beli lagi. Yang baru dibincangkan dulang 5 berbalas 7. Tapi cincin Encik Abg dah beli awal-awal. Sebab harga emas asyik naik je. Hantaran masih dalam perbincangan.

PEREMPUAN

  • Baju nikah
  • Buku agama 
  • Sireh junjung
  • Kek
  • Buah-Buahan
  • Coklat
  • Muffin

LELAKI

  • Baju Nikah
  • Cincin Merisik dan Bertunang
  • Kek
  • Buah
  • Sireh Junjung

Makanan/Khemah
Tu sponsor by PAMA

PELAMIN
Hurmmm.. pelamin ni tak pasti lagi nak buat ke tak nak.. kalau buat pun mungkin DIY sahaja.. jimat sikit. Kalau sewa, harga pelamin mungkin RM300 keatas kot. Mahal.

MAKE UP
Sendirian Berhad

PHOTOGRAPHER
Tidak Perlu.. nanti minta je gambar kat sedara mara yang datang. JIMATTTTTT!.. hehehe.

WAKIL KEDUA BELAH PIHAK
Ini pun belum ditetapkan lagi.

DOORGIFT
Bajet bagi doorgift pulak dalam RM200 untuk 70 pcs.. ada baki lagi.. :)
So doorgift, saya dah beli
Paper Bag - 0.32
Yassin - 0.60 
Tasbih - 1.00 
Air Mineral - 0.15

PHOTOBOOK
Yang ni saya saje menggedik nak tambah. Mestilah nak Album kan majlis tunang ni kan. Soooo. photobook ni nanti saya buat sendiri. Saya suka guna photobook malaysia tu. sebab puas hati. Kebetulan ada promotion, jadi saya beli voucher photobook tu. RM60 sahaja.  berbaloi.

11" x 8.5" Medium Landscape Imagewrap Hardcover
Lay Flat
Harga Asal RM210.

Nak tengok promotion photobook boleh klik link ni



*******************************************************************************