Friday, October 23, 2015

Persiapan Pertunangan 2015

Nak bertunang dah ke?
Macam tak percaya pula.

Berkenalan dalam masa setahun lebih sahaja. 

TARIKH
Haaaa.. Bab ni pada pendapat saya adalah bab yang paling susah.
Sebab tarikh ni kena dapat persetujuan kedua belah pihak.
Kenapa saya kata susah??
Bila kita dah bincang dengan pasangan nak pilih tarikh, kita perlu tanya kedua belah pihak. Kalau salah satu pihak tidak bersetuju, perlu berbincang semula tarikh yang lain. Yang tarikh ini, memang nak ambil pada cuti sekolah. Jadinya mungkin ada saudara mara yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah juga. Ye la plan pun last minit. hehehe.
Tapi ALHAMDULILLAH, Akhirnya tarikh untuk majlis pertunangan ni telah dipersetujui. 

BAJU TUNANG
Baju tunang ni saya terlebih excited. Bajet nak cari bawah RM300 sahaja. Kena lah letak bajet mahal sikit, sebab sekarang barang makin mahal. Dulu-dulu boleh lah dapat bajet bawah RM200. Kalau beli ONLINE memang banyak yang murah, tapi tak boleh tengok material kain tu macam mana, Klo online tidak boleh nak try baju tu dulu. hehehe.. Nanti tak muat lah. Saya ada baca juga kat blog lain. Diorang beli kain dan lace sendiri dan tempah kat butik. Saya ni tak berapa nak kreatif. Jadi saya beli yang dah siap je la. senang. Veil pun beli dah siap. Tudung pakai bawal satin sahaja. Bajet yang telah digunakan cukup-cukup RM300. 

Teaser Baju Tunang.

p/s: kalau nak tengok baju tunang tu kena tunggu berlangsung dulu. kalau tunjuk sekarang tak suprise

HANTARAN
Hantaran ni saya tak beli lagi. Yang baru dibincangkan dulang 5 berbalas 7. Tapi cincin Encik Abg dah beli awal-awal. Sebab harga emas asyik naik je. Hantaran masih dalam perbincangan.

PEREMPUAN

  • Baju nikah
  • Buku agama 
  • Sireh junjung
  • Kek
  • Buah-Buahan
  • Coklat
  • Muffin

LELAKI

  • Baju Nikah
  • Cincin Merisik dan Bertunang
  • Kek
  • Buah
  • Sireh Junjung

Makanan/Khemah
Tu sponsor by PAMA

PELAMIN
Hurmmm.. pelamin ni tak pasti lagi nak buat ke tak nak.. kalau buat pun mungkin DIY sahaja.. jimat sikit. Kalau sewa, harga pelamin mungkin RM300 keatas kot. Mahal.

MAKE UP
Sendirian Berhad

PHOTOGRAPHER
Tidak Perlu.. nanti minta je gambar kat sedara mara yang datang. JIMATTTTTT!.. hehehe.

WAKIL KEDUA BELAH PIHAK
Ini pun belum ditetapkan lagi.

DOORGIFT
Bajet bagi doorgift pulak dalam RM200 untuk 70 pcs.. ada baki lagi.. :)
So doorgift, saya dah beli
Paper Bag - 0.32
Yassin - 0.60 
Tasbih - 1.00 
Air Mineral - 0.15

PHOTOBOOK
Yang ni saya saje menggedik nak tambah. Mestilah nak Album kan majlis tunang ni kan. Soooo. photobook ni nanti saya buat sendiri. Saya suka guna photobook malaysia tu. sebab puas hati. Kebetulan ada promotion, jadi saya beli voucher photobook tu. RM60 sahaja.  berbaloi.

11" x 8.5" Medium Landscape Imagewrap Hardcover
Lay Flat
Harga Asal RM210.

Nak tengok promotion photobook boleh klik link ni



*******************************************************************************




Tuesday, September 22, 2015

Kehidupan Baru

Mari mulakan kehidupan baru.
Yang lepas biar tinggal kenangan

YEAH!!! move on okay.

New Company, New Life And New Love Life.

EH.. boleh pulak gitu..

Friday, July 3, 2015

Butter Prawn


sumber dari youtube. 

first time buat butter prawn untuk berbuka puasa.Nasib baik jadi. Kalau tak hilang selera makan,
beza antara video ni dengan sendiri masak, Erna tak letak kiub ayam pun. Cuma letak butter, garam, cili padi, daun kari dan halia.

Thursday, May 14, 2015

DIET TAPI TIADA PANTANG ??


DIET TAPI

TIADA PANTANG
TIADA MAKAN UBAT UBATAN
TIADA BERSENAM

Ada ke diet macam tu??

Mungkin ada, sebab saya tengah mencuba satu cara diet tapi
TIADA PANTANG
TIADA MAKAN UBAT UBATAN
TIADA BERSENAM


Apa yang penting, jangan makan malam start dari pkul 5 petang. Kalau lapar waktu malam terus je tidur. Untuk lupakan kelaparan tu. Kalau lapar sangat makan buah-buahan. TAPI JANGAN MAKAN BANYAK SANGAT. 
Sebab syarat UTAMA diet ni NO DINNER. Itu sahaja. 
upsss.. lupe nak bagi tau, minum air masak banyak-banyak ye.

TAPI..........
Jangan ikut lagi diet ni ye..
Still in experiment.

1 MAY 2015 : 53kg
14 MAY 2015 : 51kg


Thursday, April 9, 2015

Pinjaman Peribadi

Just Nak Share pengalaman nak dapatkan personal loan.

This is my own experience untuk dapatkan loan tu.

Mula-mula pegi bank rakyat, sebab interest dia agak rendah berbanding bank lain.
Erna hantar la semua dokumen tu. Tapi procedure dia sangat la leceh.

  1. Surat penerimaan bekerja tak boleh guna. kena bagi surat pengesahan bekerja. 
  2. Slip gaji nak tengok yang original.
  3. kalau nak buat auto debit tak boleh. kena Company tu yang uruskan bayaran kepada Bank Rakyat.
  4. Kalau nak buat secara tunai, Dia kata tak boleh nak bagi decision sekarang. Kena tanya orang atasan. padahal dah tulis kat situ boleh buat bayaran potongan gaji atau secara tunai.


Nanti kena datang bank lagi nak buat urusan. Proses dia jadi leceh.

Then, pergi ke maybank pulak.

bagi Dokumen lengkap kat dia. Pegawai tu tengok gaji,. Ok... dah boleh proceed dengan pinjaman tu.. senang je. Tak sampai 15 minit pun procedure tu. Then tinggal tunggu kelulusan je..


AS a CONLUSION..
MAYBANK VS BANK RAKYAT

MAYBANK WIN!!!!!!





Sunday, February 8, 2015

Friday, February 6, 2015

Resepi Beef Lasagna

Erna nak share sikit resepi beef lasagna..
Sebenarnya ni lain sikit. sebab 2 in 1 Macaroni + Lasagna.

Baru RARE.. 

Bahan-bahan
Kepingan lasagna
Cheese -- Erna guna cheesdale tu je,
Macaroni

Bahan Kuah
Sos Prego
Meat Ball--cincang halus
Bawang -- potong dadu
Tomato -- potong dadu

Langkah-langkah
1. Rebus macaroni dan toskan.
2. Tumiskan bawang dengan meat ball..  masukkan sos prego. dan kemudian masukkan tomato. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. kuah lasagna telah siap..
3. Letakkan Macaroni didalam aluminium foil. kemudian ,tuangkan kuah tersebut di atas macaroni. lapiskan dengan kepingan cheese. Kemudian letakkan satu kepingan lasagna, lapiskan semula dengan kuah lasagna. Kemudian letak kepingan cheese lagi..
4, Bakar dalam kuali pemanggang ajaib dalam 15 minit.
5. selepas itu boleh dihidang dan makan. 

Senang je buat kan. klo nak sedap lagi letak la banyak lapisan. Pastu letak cendawaan butang ke.

Selamat mencuba




Thursday, February 5, 2015

RESEPI KIMBAB

Seronok kalau tengok cerita korea. Lagi-lagi kalau ada pasal makanan.
tu yang best.
Cara diorang makan tu memang sangat menyelerakan.

So terasa la nak buat kimbab versi sendiri without sayur. sebab tak berapa minat letak timun/carrot dalam kimbab tu.

Kimbab yang Erna buat ni simple je.

Bahan-Bahan
Dry seaweed -- yang selalu orang guna buat sushi.
Sosej
Crab Sticks
Tuna -- tuna yang dalam tin tu. Erna guna yang tuna spread kat roti tu.
Nasi -- Erna guna beras biasa je.

Cara-cara.
1. Sosej dengan crab stick tu di goreng kat non-stick pan. tak perlu guna minyak.
2. potong sosej n crabstick hiris memanjang.
3. Letakkan nasi dia atas rumpai laut dan letakkan sosej, crab stick dan tuna. Kemudian gulung.
4. Potong kimbab dan boleh dimakan.

*kalau ada bamboo mat lagi senang nak gulung kimbab tu.

senang kan nak buat.. jadi boleh la try..cuba..test...

sumber gambar = sini