Wednesday, July 23, 2014

Fuh FuH~~~

Fall In Love 

WITH WHO???

bukan dengan orang la, dengan lagu ni.
Asyik ulang lagu ni je. Tajuk lagu ni SOME


Im fall in love with this song.


Monday, March 3, 2014

17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.

  11. Bersedekah.

  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

  14. Berkawan dengan ulama.

  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.

  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

TOPUP MURAH





Assalamualaikum,

Hari ni saja nak share cerita pasal topup. 
Setiap bulan mesti topup prepaid fon kan.. 

Aku ada register kat 67topup ni. Berbaloi jugak la register.

Kenapa aku kata berbaloi?? 
1. Tak perlu bayar NILAI SEBENAR TOPUP..

Contoh : Topup RM10 cuma bayar RM9.70 je.. Topup still dapat RM10.

2. Boleh buat pendapatan sampingan. Jual topup kat kawan-kawan, family. 
3. Boleh register agen dibawah anda tanpa had.



ni contoh profit yang korang boleh dapat dengan topup RM10


sebarang pertanyaan boleh rujuk sini

Friday, January 17, 2014

Business

Assalamualaikum semua.
InsyaAllah saya akan cuba menceburi bidang business online /offline.. hehehe.
Doakan yang terbaik untuk bisness saya ini.
Saya adalah sebagai agen yang menjual produk dari syarikat lain.

Buat masa ini saya masih lagi membangunkan blog dan fb page untuk business saya ini. 
Sementara ini blog bisnes saya boleh diterjah di url ini

Hopefully bisnes ini akan mendatangkan hasil

Monday, January 13, 2014

BIODATA RASULLULAH SAW

Biodata ringkas RASULLULLAH SAW


1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SUMBER

Wednesday, January 8, 2014

URGHH !!! GATALNYA

Siapa pulak yang menggatal ni. hahahaha. Ni bukan cerita orang menggatal ye.
Ni cerita aku yang gatal. Oppss bukan aku yang menggatal tau.

Badan aku ni yang gatal-gatal. sibuk je bintik dan ruam-ruam tu timbul. Nak tido pun tak lena. 

Aishhh .. mengeluh je keje nya,
tak elok mengeluh jika penyakit itu datang. Ada hikmah setiap penyakit / cubaan itu datang. Salah satu daripadanya adalah menunjukkan bahawa Allah masih ingat pada kita dengan  mendatangkan penyakit untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Selain itu penyakit ini boleh melatih diri kita supaya lebih bersabar dengan menghadapi ujian/cubaan yang diberi. < Ni semua aku dengar dari sahabat-sahabat>

Ini pula sumber yang aku baca menyatakan penyakit itu adalah satu anugerah.

1.      Diampuni dari kesalahan dan dosa
Seperti hal nya dikemukakan oleh rasulullah saw, dalam salah satu hadits nya : “Tidaklah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lain-lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (Bukhari-Muslim)
Allah akan mengampuni dosa dan kesalahan orang yang sedang sakit dengan catatan kita harus menerima penyakit yang allah berikan itu dengan penuh rasa ikhlas dan sabar. Jika kita tidak sabar menghadapi penyakit yang allah berikan tersebut, malah menganggap allah itu dzalim kepada kita. bagaimana allah mau mengampuni dosa dan kesalahan kita kalau sikap kita kepada allah seperti itu.

2.      Ditinggikan derajatnya
          Hal ini berdasarkan keterangan rasulullah dalam hadits nya berikut ini: “Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit sedikit pun, melainkan Allah menghapus darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggikan baginya satu derajat.” (Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)

3.      Keselamatan dari api neraka
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahwa beliau menjenguk seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda (yang artinya): ''Bergembiralah, karena Allah Azza wa Jalla berfirman, 'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat.'' (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)
Maksud dari hadits diatas adalah bahwa seorang mukmin yang sakit akan dijauhkan dariapi neraka, karena menurut hadits diatas disebutkan bahwa penyakit adalah neraka bagi orang-orang mukmin, agar nanti di akhirat yang kekal seorang mukmin tidak ada lagi yang merasakan neraka yang sesungguhnya.

4.      Menjadikan kita sabar
Keadaan yang sehat kemungkinan bisa membuat seseorang untuk bersikap sombong, sebab dalam keadaan seperti itu dia bebas berbuat apa saja. Namun ketika sakit datang menimpanya, maka jiwanya bisa sedikit melunak, sifat-sifat sombong, takabur, dengki, membanggakan diri, dapat menjadi hilang sehingga akhirnya ia tunduk dan pasrah kepada Allah serta tekun beribadah kepada-Nya.

* Pesanan untuk diri sendiri, janganlah mengeluh sekiranya menerima penyakit dan Jom makan Ubat