Thursday, August 16, 2018

PROSES PEMBELIAN RUMAH SELANGORKU




Setelah sekian lama untuk menunggu tawaran rumah selangorku akhirnya dapat juga tawaran. Bukan senang untuk mendapatkan rumah selangorku. Tapi dah rezeki, Alhamdulillah dapat juga.

1. Daftar dulu di LPHS

7/6/2018 
 Mula ni erna apply untuk rumah De Cendana 750sqft. RM100k. Lokasi kat setia alam. Sebenarnya teringin apply kat De Bayu, tapi bila call LPHS, pegawai sana minta menghubungi developer. Sebab permohonan untuk de bayu dah closed. Then, Erna call SP SETIA dan mereka mengatakan untuk unit De Bayu dah sold out. So tak de rezeki, erna apply je la untuk De Cendana. 

27/6/2018
Tapi Erna ada pm SP Setia kat facebbok, untuk inform kalau ada penawaran terbuka. A week after that, Erna dapat call dari SP SETIA ada penawaran terbuka untuk De Bayu, De Kiara dan De Palma. Unit adalah sangat terhad. 

2. Pergi ke SP SETIA untuk penawaran terbuka.

7/7/2018
Orang yang hadir sangat ramai untuk mendapatkan tawaran, Erna difahamkan hanya ada 25 unit sahaja yang ada. Memang betul dikatakan kalau dah rezeki kita, InsyaAllah akan dapat. Erna adalah diantara 2 orang terakhir yang dapat untuk cabut undi rumah. Selepas erna mereka terpaksa pulang, kerana unit yang ditawarkan telah tiada. Semasa cabut undi tu, Erna dapat blok DeBayu, memang blok yang Erna nak pun. Erna bersyukur sangat-sangat. Terus bayar duit booking RM2000 dan sign surat Tawaran Rumah

3. Proses mendapatkan Loan Rumah

Selepas sign surat Tawaran Rumah, Erna kena dapatkan loan pulak. Erna contact 3 bank CIMB, BSN MAYBANK,CIMB erna loan reject sebab husband tiada potongan epf. BSN dan Maybank tiap minggu erna follow up dengan pegawai tersebut. sampai la 3 minggu Tapi tiada respons samaada lulus atau tidak. Akhir sekali, erna contact pegawai maybank yg lain,

9/8/2018
erna dapat keputusan dalam 2 minggu je. dan lulus 100% loan.

11/8/2018
Pergi SP SETIA SIGN SNP

16/8/2018
SIGN Loan Agreement
will be continue...


3 comments: