Saturday, February 27, 2016

Wedding Preparation : Bilik Tidur Pengantin

Susah nak deko bilik sendiri. sebab bilik sendiri agak kecil. jadi susah sedikit nak susun atur perabut semua. Bilik kecik tapi nak almari besar. Teruk betul.... cakap pada diri sendiri.

Mostly bila tengok kat google semua bilik besar-besar. Ini antara review yang aku dah tengok.

Ni aku suka sebab simple dan frame letak kat kepala katil tu cantik.

yang ni pun lawa gak. 

yang ni ada kelambu kat kepala katil. disebabkan bilik agak BESAR. memang nampak sempit kalau letak kelambu macam ni.

okeii susun atur bilik aku sekarang lebih kurang kat bawah ni,

Gambar dibawah bukanlah bilik sebenar. Gambar ini adalah dari the sims 4. Aku guna kan game tu untuk cuba susun atur bilik.

Frame tu adalah tambahan semata mata. kedudukan katil sebenar adalah melintang ye. So, sebenarnya bilik aku ni agak sempit. Tu tak letak lagi almari solek. Dalam game Sims tu tak ada meja solek.



Mungkin susunan aku akan buat macam ni kot. Langsir belakang tu adalah hiasan semata mata. Tak tahu lagi sama ada nak letak langsir atau frame. Meja dengan kerusi tu anggaplah sebagai meja solek.


Sunday, February 21, 2016

ReView On My E-Day

2 bulan baru nak update blog ni. 
Sebenarnya dah lama update tapi kat tempat lain. 

Okay, jom teruskan dengan cerita majlis tunang saya ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cuma kelam kabut sikit bab pengurusan majlis. Terlupa pulak nak assign makcik untuk jadi pengaturcara majlis.

Nampak remeh kan. Pengaturcara Majlis ni sebenarnya penting bagi melancarkan majlis. Sekarang saya nak review baju saya. tema baju saya warna biru turqoiuse. Harga baju termasuk veil RM300.



Untuk MUA pula, saya hanya minta tolong kawan saya. Dia memang suka make up. And saya sangat suka dia mekap, tak tebal and look so natural. Next is pelamin, Pelamin DIY dari saya dan mak.


Bola-bola tu saya beli kat MR DIY. Harga yang paling besar tu dalam RM5 kot. tak ingat pulak actual harga. bunga besar tu pinjam. 

So keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan semuanya.. Dan yang paling penting jimat.

Friday, October 23, 2015

Persiapan Pertunangan 2015

Nak bertunang dah ke?
Macam tak percaya pula.

Berkenalan dalam masa setahun lebih sahaja. 

TARIKH
Haaaa.. Bab ni pada pendapat saya adalah bab yang paling susah.
Sebab tarikh ni kena dapat persetujuan kedua belah pihak.
Kenapa saya kata susah??
Bila kita dah bincang dengan pasangan nak pilih tarikh, kita perlu tanya kedua belah pihak. Kalau salah satu pihak tidak bersetuju, perlu berbincang semula tarikh yang lain. Yang tarikh ini, memang nak ambil pada cuti sekolah. Jadinya mungkin ada saudara mara yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah juga. Ye la plan pun last minit. hehehe.
Tapi ALHAMDULILLAH, Akhirnya tarikh untuk majlis pertunangan ni telah dipersetujui. 

BAJU TUNANG
Baju tunang ni saya terlebih excited. Bajet nak cari bawah RM300 sahaja. Kena lah letak bajet mahal sikit, sebab sekarang barang makin mahal. Dulu-dulu boleh lah dapat bajet bawah RM200. Kalau beli ONLINE memang banyak yang murah, tapi tak boleh tengok material kain tu macam mana, Klo online tidak boleh nak try baju tu dulu. hehehe.. Nanti tak muat lah. Saya ada baca juga kat blog lain. Diorang beli kain dan lace sendiri dan tempah kat butik. Saya ni tak berapa nak kreatif. Jadi saya beli yang dah siap je la. senang. Veil pun beli dah siap. Tudung pakai bawal satin sahaja. Bajet yang telah digunakan cukup-cukup RM300. 

Teaser Baju Tunang.

p/s: kalau nak tengok baju tunang tu kena tunggu berlangsung dulu. kalau tunjuk sekarang tak suprise

HANTARAN
Hantaran ni saya tak beli lagi. Yang baru dibincangkan dulang 5 berbalas 7. Tapi cincin Encik Abg dah beli awal-awal. Sebab harga emas asyik naik je. Hantaran masih dalam perbincangan.

PEREMPUAN

  • Baju nikah
  • Buku agama 
  • Sireh junjung
  • Kek
  • Buah-Buahan
  • Coklat
  • Muffin

LELAKI

  • Baju Nikah
  • Cincin Merisik dan Bertunang
  • Kek
  • Buah
  • Sireh Junjung

Makanan/Khemah
Tu sponsor by PAMA

PELAMIN
Hurmmm.. pelamin ni tak pasti lagi nak buat ke tak nak.. kalau buat pun mungkin DIY sahaja.. jimat sikit. Kalau sewa, harga pelamin mungkin RM300 keatas kot. Mahal.

MAKE UP
Sendirian Berhad

PHOTOGRAPHER
Tidak Perlu.. nanti minta je gambar kat sedara mara yang datang. JIMATTTTTT!.. hehehe.

WAKIL KEDUA BELAH PIHAK
Ini pun belum ditetapkan lagi.

DOORGIFT
Bajet bagi doorgift pulak dalam RM200 untuk 70 pcs.. ada baki lagi.. :)
So doorgift, saya dah beli
Paper Bag - 0.32
Yassin - 0.60 
Tasbih - 1.00 
Air Mineral - 0.15

PHOTOBOOK
Yang ni saya saje menggedik nak tambah. Mestilah nak Album kan majlis tunang ni kan. Soooo. photobook ni nanti saya buat sendiri. Saya suka guna photobook malaysia tu. sebab puas hati. Kebetulan ada promotion, jadi saya beli voucher photobook tu. RM60 sahaja.  berbaloi.

11" x 8.5" Medium Landscape Imagewrap Hardcover
Lay Flat
Harga Asal RM210.

Nak tengok promotion photobook boleh klik link ni



*******************************************************************************




Tuesday, September 22, 2015

Kehidupan Baru

Mari mulakan kehidupan baru.
Yang lepas biar tinggal kenangan

YEAH!!! move on okay.

New Company, New Life And New Love Life.

EH.. boleh pulak gitu..

Friday, July 3, 2015

Butter Prawn


sumber dari youtube. 

first time buat butter prawn untuk berbuka puasa.Nasib baik jadi. Kalau tak hilang selera makan,
beza antara video ni dengan sendiri masak, Erna tak letak kiub ayam pun. Cuma letak butter, garam, cili padi, daun kari dan halia.

Thursday, May 14, 2015

DIET TAPI TIADA PANTANG ??


DIET TAPI

TIADA PANTANG
TIADA MAKAN UBAT UBATAN
TIADA BERSENAM

Ada ke diet macam tu??

Mungkin ada, sebab saya tengah mencuba satu cara diet tapi
TIADA PANTANG
TIADA MAKAN UBAT UBATAN
TIADA BERSENAM


Apa yang penting, jangan makan malam start dari pkul 5 petang. Kalau lapar waktu malam terus je tidur. Untuk lupakan kelaparan tu. Kalau lapar sangat makan buah-buahan. TAPI JANGAN MAKAN BANYAK SANGAT. 
Sebab syarat UTAMA diet ni NO DINNER. Itu sahaja. 
upsss.. lupe nak bagi tau, minum air masak banyak-banyak ye.

TAPI..........
Jangan ikut lagi diet ni ye..
Still in experiment.

1 MAY 2015 : 53kg
14 MAY 2015 : 51kg


Thursday, April 9, 2015

Pinjaman Peribadi

Just Nak Share pengalaman nak dapatkan personal loan.

This is my own experience untuk dapatkan loan tu.

Mula-mula pegi bank rakyat, sebab interest dia agak rendah berbanding bank lain.
Erna hantar la semua dokumen tu. Tapi procedure dia sangat la leceh.

  1. Surat penerimaan bekerja tak boleh guna. kena bagi surat pengesahan bekerja. 
  2. Slip gaji nak tengok yang original.
  3. kalau nak buat auto debit tak boleh. kena Company tu yang uruskan bayaran kepada Bank Rakyat.
  4. Kalau nak buat secara tunai, Dia kata tak boleh nak bagi decision sekarang. Kena tanya orang atasan. padahal dah tulis kat situ boleh buat bayaran potongan gaji atau secara tunai.


Nanti kena datang bank lagi nak buat urusan. Proses dia jadi leceh.

Then, pergi ke maybank pulak.

bagi Dokumen lengkap kat dia. Pegawai tu tengok gaji,. Ok... dah boleh proceed dengan pinjaman tu.. senang je. Tak sampai 15 minit pun procedure tu. Then tinggal tunggu kelulusan je..


AS a CONLUSION..
MAYBANK VS BANK RAKYAT

MAYBANK WIN!!!!!!