Thursday, March 16, 2017

Hamil Semula Selepas Keguguran

Assalamualaikum semua. 
Entry kali Erna nak share pengalaman erna hamil semula selepas gugur. 

Throwback sikit waktu erna gugur sebelum ini. Bulan 12/2016 erna telah disahkan keguguran. Keguguran start bila keluar bleeding yang banyak, Terus ke emergency di Hospital Shah Alam. Doktor sahkan baby dah tak de heartbeat. Menangis dalam hati je mampu. Hanya Allah yang tau betapa sedihnya perasaan ini. Anak first pulak tu. So, cekal kan hati, fikir secara positif, mungkin Allah nak beri rezeki yang lebih baik. Start la berpantang 30hari. 

18 Januari 2017 ~ First Period lepas keguguran 
15 Februari 2017 ~ Badan tak sedap, cramp perut, pening kepala, batuk teruk. time ni dah fikir simptom nak period ke? simptom hamil ni. Tapi Erna sedapkan hati mungkin nak period kot. sebab tak nak letak harapan tinggi.
20 Februari 2017 ~ Period tak datang lagi. Pagi selepas subuh tu buat UPT test. Degilkan. Result selepas 5 minit negatif.Kan dah sedih. Kemudian Erna tidur balik, bangun pagi saja tengok upt test tu, nampak 2 line. 1 line tu terlalu kabur.. Berbunga sikit hati. 
24 Februari 2017 ~ Cek UPT lagi, Kali ni naik 2 line cepat but still kabur.
26 Februari 2017 ~ Cek UPT lagi. hahhaahahha.. banyak kali cek. nak confirmation. naik 2 line yang pekat sikit
3 Mac 2017 ~ Cek upt lagi. Tapi kali ni guna clear blue sebab nak confirmkan lagi sebelum pergi checkup kat klinik swasta. dan result keluar kat clearblue 3+. maksudnya dah 5 minggu keatas. Den terus checkup doktor di klinik Aj-Jazrah. Doktor tu kata awal lagi untuk scan dan dia set kan appointment waktu minggu ke 10 pregnant.

Now kena tunggu je la appontment tu. Dan jaga kesihatan dan pemakanan.






No comments:

Post a Comment