Assalamualaikum semua,
Dah lama saya teringin share percutian saya ke cameron highland. Actually cameron highland ni, tempat yang paling saya suka pergi dalam Malaysia. Nak tau kenape?? Sebab sejuk.. Nak pergi luar negara tak mampu lagi.
Tak kira cuti sekolah atau tak, saya memang akan pergi kesana bersama family tercinta. Selalunya kami pergi ke sana balik hari sahaja, which mean, pegi pagi balik petang. JALAN JEM?? saya menghadap jem sekejap je. tak adalah lama sangat. Nanti saya share tips ye. Nak cerita pasal trip ke Cameron baru-baru ini.
Trip kali ni tersangat-sangat la best and first time kami akan menginap di sini. Kabus sangat tebal dan sangat sejuk kat sana. Sebelum ini saya pergi sejuk biasa, kali ini terlampau sejuk pulak.
Kami terus singgah ke brinchang, pergi ke kedai S corner. situ banyak jugak buah yang murah murah daripada kat pasar pagi brinchang.
Tersangat lah sejuk cuaca disana ye. Untuk penginapan pulak saya dah book hotel titiwangsa menggunakan AGODA. RM 298 untuk 4 orang termasuk breakfast. Punya lah terkejut bila sampai sana, pihak hotel bukan beri breakfast sahaja, tetapi steambot untuk makan malam FREE of charge. Ini pun untuk 4 orang. Bilik tersangat lah luas. Makanan Best.. memang lepas ni akan book hotel ni sahaja.
Saya nak kongsi satu rahsia, ni untuk pembaca laman saya je ye. tips nk ke cameron highland waktu public holiday untuk elak jem. pastikan anda sampai puncak/tringkap seawal 8 pagi jangan singgah mana-mana perhentian dahulu. selepas dah sampai puncak, baru anda turun semula ke brinchang dan ke tanah rata. sewaktu turun tu baru anda buat persinggahan dimana-mana yang anda ingin lawati. InsyaAllah perjalanan akan berjalan lancar dan tidak jem seperti selalu. Untuk Makan tengahari anda boleh singgah di Tanah Rata. Disitu banyak kedai makanan.
No comments:
Post a Comment