Assalamualaikum
Tahun ini aku menyambut malam tahun baru bersama family tercinta di Dataran Merdeka. Angan-angan nak tengok bunga api secara live. Tapi tak sangka pulak ada perhimpunan TURUN kat situ..
Kenapa berlakunya perhimpunan TURUN ini,. Perhimpunan ini dilakukan kerana faktor kenaikan semua harga barang, tol, dan etc. Mereka ingin kerajaan mendengar luahan hati mereka diatas ketidakpuasan semua kenaikan harga barang.
Tapi yang mengadakan perhimpunan tu, sedarkah mereka yang mereka boleh membahayakan/ mencederakan orang awam. kenapa aku cakap camtu, sebab diorang baling objek-objek keatas pentas. bayangkan la sekiranya objek tersebut tersasar dan terkena orang awam yang terdiri dari nenek-nenek, atuk-atuk, kanak-kanak ataupun wanita mengandung.. kan bahaya tu..
Bagi pendapat aku, aku tidak menyokong atau membantah perhimpunan tersebut sebab isu kenaikan harga ini patut dipertimbangkan oleh kerajaan. Peserta perhimpunan tersebut, hanya ingin kerajaan mengetahui bahawa majoriti rakyat tidak bersetuju dengan kenaikan harga ini. Tetapi yang menjadi salahnya adalah membaling objek-objek.
Ini hanya pendapat dari hati aku..
No comments:
Post a Comment