Monday, June 13, 2016

First Trip With Besties

Trip kali ni saya ke cameron highland lagi..
Kali ni dengan kawan-kawan ofis pula.


Sepatutnya kami ber empat. Tapi lagi sorang terpaksa batalkan last minit atas sebab-sebab tertentu. Kitorang gerak pukul 730pagi hari bekerja. Ni memang kerja gila, dua budak IT tiada kat ofis, kalau sistem problem tak tau la camna. tawakkal je la. Kitorang bertiga ambil cuti untuk pergi short vacation di CAMERON HIGHLAND.

Sampai di sana dalam pukul dalam pukul 12 tgahari. Kemudian kami terus singgah keMARDI sebelum check in ke homestay.























Pastu kitorang terus check in kat ASZI HOMESTAY. Saya bagi 5 bintang.. Owner ramah. memang best la kat situ. Tapi dah terlupe nak tangkap gamba. kitorg banyak pergi tempat makan je. Jadi tak banyak la gambar lepas tu..









Wednesday, May 4, 2016

Berniat Puasa Ganti Tapi Tidak Puasa

Pernah tak ?
Korang niat ganti puasa di malam hari, Esok tak nak sahur sebab malas nak puasa. Soo korang tak jadi puasa.
Korang niat sudah, puasa sudah, tapi setengah hari, kemudian korang tak puasa sebab malas dan lapar. 

Aku pernah buat kedua-dua sekali.

Aku nak share sikit mengenai hal ini. Hukum membatalkan puasa ganti secara sengaja tanpa sebab darurat adalah Berdosa dan hendaklah segera bertaubat. 

// yang bawah ni aku ambil dari sini
Qada’ puasa Ramadan adalah antara puasa yang wajib, tidak boleh bagi seseorang untuk membatalkannya kecuali darurat. Jika seseorang sedang mengqada’ puasanya, maka wajib baginya menyempurnakannya dan tidak harus untuk berbuka kecuali dengan adanya uzur syar’ie.

Telah sabit dari Ummu Hani’ RA berkata
يا رسول الله لقد أفطرت وكنت صائمة ؟ فقال لها : أكنت تقضين شيئا ، قالت لا ، قال : فلا يضرك إن كان تطوعا
maksudnya : “wahai rasulullah, aku telah berbuka sedang aku berpuasa”. Rasulullah saw berkata padanya : “adakah kamu sedang mengqada’kan sesuatu?” jawab beliau ;”tidak”. Kata rasulullah : “maka ia tidak memudaratkan kamu jika ia adalah puasa sunat.” [ Abu Dawud ; 2456 ].

Peringatan untuk diri sendiri, lepas ni dah niat ganti terus puasa ganti, jangan ngada-ngada nak batalkan pulak sebab lapar dan malas.

Tuesday, May 3, 2016

Bercuti Di Port Dickson


Bercuti lagi la kita. Kali ini percutian saya di Port Dickson Golf And Country Club. Susah nak cari review orang yang telah menginap di hotel ini. So sapa yang nak book hotel ni, boleh la baca review ni.
Bagi saya harga hotel sesuai dengan kemudahan dan servis yang diberikan. Swimming pool ada. Breakfast buffet 1 kepala dikenakan charge sebanyak RM15.90 dewasa. Bagi saya semua okay KECUALI tiada lif. Saya dapat bilik di Tingkat 3. Kesian abah penat naik tangga. tapi selain tu semua amat berbaloi dengan bayaran yang di kenakan. Bawah ni semua gambar percutian saya di PD.
Kami pergi rumah terbalik di Teluk Kemang. 

























Lepas pergi rumah terbalik, kami terus check in ke hotel




ni gambar waktu breakfast






ni gambar mandi kat swimming pool.








Tuesday, March 29, 2016

Photographer !!!

Chill la. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.


Ceritanya begini, saya dah tempah pakej photographer kat sepupu saya. Saya ada mention dalam entry sebelum ini. Tapi alangkah malangnya untuk saya, sebab dia terpaksa batalkan tempahan saya tu. Tapi, bila dengar alasan kenapa dia terpaksa batalkan terasa happy pulak untuk dia. Sebab dia disahkan mengandung. Tarikh due bersalin mungkin dalam bulan 10. Seronok dengar dia pregnant.. wahhhhhhhh.

Okay. Berbalik cerita photographer tadi. Ada 3 OP yang menarik minat saya
HHH Photography
Selamber Picture's
Kotak Hati Photography

Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya. Tarikh majlis masih lagi kosong untuk ketiga tiga OP. So, saya decide untuk book terus Kotak Hati Photographer by Azer. Saya dah bayar deposit dah pun.

Sunday, March 20, 2016

Just a Thought


Jangan ada yang nak muntah hijau pulak. kalau tak sanggup baca sila buka entri lain ya. 
Dulu Mr I? .Kenal Mr I pun tak lama. Dah tiada jodoh, so move on je la kan. Buat apa nak tunggu orang yang dah tidak suka kat kita kan. Mungkin ada lagi yang terbaik untuk kita dan yang lagi faham perangai kita. Bila dah move on terjumpa pulak Mr S.

Perkenalan dengan Mr S ni sangat singkat, caring dan tegas orangnya.Mr S tau saya ni jenis yang cemburu, perangai macam budak-budak tapi dia tetap menerima saya seadanya dan sangat BERSABAR ye. Kami tak sampai 1 tahun kenal dah bertunang. sekarang tengah countdown untuk kahwin pulak. Alhamdulillah, Allah dah pertemukan jodoh dan permudahkan urusan kami. tinggal buat preparation untuk kahwin je ni. Kursus kahwin dah pegi. Dah boleh kahwin dah. Harap di permudahkan segala urusan.