Tuesday, November 18, 2014

IKHLAS DALAM BEKERJA


Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.

Kelebihan bekerja dengan ikhlas.

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, “talian hayatnya” bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.

2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai “self promotion” (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai “self improvement” (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.

3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh “punch card”, CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.

4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah “kepala” kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.

5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan “khadam ummah” bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandangan dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan “ambil hati”. Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat “lempar batu, sembunyi tangan”.


Thursday, October 9, 2014

COMPLETE PHP SYSTEM WITH BOOTSTRAP

Finally i have completed my system.
YEAH!!!!

Short description about my system.

KETERANGAN
  • Tujuan utama sistem ini dibina adalah bagi memudahkan bahagian pentadbiran menyimpan rekod surat keluar masuk. 

FUNGSI
  • Tambah/Edit/Delete surat keluar dan masuk.
  • No Rujukan surat = Terdapat semakan sekiranya no rujukan telah wujud, pengguna tidak boleh memasukkan no rujukan surat yang sama.
  • Mempunyai makumat asas surat keluar masuk termasuk fail dikandung
  • Tetapan data bagi maklumat kepada, daripada, tindakan oleh dan fail dikandung.
  • Pembahagian surat mengikut status surat yang terbahagi kepada 3 iaitu baru, dalam tindakan dan selesai

INTERFACE







Sunday, September 28, 2014

Sistem Rekod Surat PHP/ Mail Management System

DONE !!!!


Finally, I finished my system.

Walaupun banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan tapi the important function of the system which are add/edit/delete have been complete. 

Tinggal nak buat penambahbaikan je lagi. :)





Wednesday, July 23, 2014

Fuh FuH~~~

Fall In Love 

WITH WHO???

bukan dengan orang la, dengan lagu ni.
Asyik ulang lagu ni je. Tajuk lagu ni SOME


Im fall in love with this song.


Monday, March 3, 2014

17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.

  11. Bersedekah.

  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

  14. Berkawan dengan ulama.

  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.

  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

TOPUP MURAH





Assalamualaikum,

Hari ni saja nak share cerita pasal topup. 
Setiap bulan mesti topup prepaid fon kan.. 

Aku ada register kat 67topup ni. Berbaloi jugak la register.

Kenapa aku kata berbaloi?? 
1. Tak perlu bayar NILAI SEBENAR TOPUP..

Contoh : Topup RM10 cuma bayar RM9.70 je.. Topup still dapat RM10.

2. Boleh buat pendapatan sampingan. Jual topup kat kawan-kawan, family. 
3. Boleh register agen dibawah anda tanpa had.



ni contoh profit yang korang boleh dapat dengan topup RM10


sebarang pertanyaan boleh rujuk sini