Thursday, March 30, 2017

Pregnancy Diary : First Checkup

Finally Erna pergi checkup pregnancy kat klinik Aj-Jazrah seksyen 16. Memang excited nak tengok baby. nak tau perkembangan baby okay ke tidak. 


Kalau ikutkan scan, baby dah 9 minggu. Dan Alhamdulillah, dah nampak heartbeat baby.. suka sangat. EDD pulak 1.11.2017. keluar 3.11.2017 la ye sayang. boleh sama birthday dengan mama.

Wednesday, March 29, 2017

Pregnancy Diary : Alahan

Assalamualaikum semua.

Pregnancy kali ini amat berbeza dengan pregnancy yang lepas. Alahan dia teruk sikit dari sebelum ini. Badan memang sangat lemah, bila dah lemah penyakit MALAS tu automatik datang. Pinggang Erna pulak kadang-kadang sakit. perut selalu kram. Waktu kerja tu tahan je la sakit tu. Bila Erna habis kerja, sampai rumah terus baring kat ruang tamu.. memang tak larat sangat-sangat. Lagi tak best, my favourite food which is ayam, memang tidak boleh diterima tekak langsung. Tengok kawan makan ayam goreng terus hilang selera nak makan. Pening tu memang selalu la.

Alahan yang terbaru, bau.. Bau busuk sikit, memang terasa nak muntah. Husband balik keje, tahan je la bau dia. Erna tak bagitau pun. Sebab kesian kat dia nanti, balik kerja penat-penat, isteri pulak tak boleh bau en husband. so bersabar jela ye.. hehehhe.

Akhir sekali, badan erna ni senang masuk angin. kena urut selalu. tapi kat bahu je la urut. Nak bagi angin kat badan keluar.



Thursday, March 16, 2017

Hamil Semula Selepas Keguguran

Assalamualaikum semua. 
Entry kali Erna nak share pengalaman erna hamil semula selepas gugur. 

Throwback sikit waktu erna gugur sebelum ini. Bulan 12/2016 erna telah disahkan keguguran. Keguguran start bila keluar bleeding yang banyak, Terus ke emergency di Hospital Shah Alam. Doktor sahkan baby dah tak de heartbeat. Menangis dalam hati je mampu. Hanya Allah yang tau betapa sedihnya perasaan ini. Anak first pulak tu. So, cekal kan hati, fikir secara positif, mungkin Allah nak beri rezeki yang lebih baik. Start la berpantang 30hari. 

18 Januari 2017 ~ First Period lepas keguguran 
15 Februari 2017 ~ Badan tak sedap, cramp perut, pening kepala, batuk teruk. time ni dah fikir simptom nak period ke? simptom hamil ni. Tapi Erna sedapkan hati mungkin nak period kot. sebab tak nak letak harapan tinggi.
20 Februari 2017 ~ Period tak datang lagi. Pagi selepas subuh tu buat UPT test. Degilkan. Result selepas 5 minit negatif.Kan dah sedih. Kemudian Erna tidur balik, bangun pagi saja tengok upt test tu, nampak 2 line. 1 line tu terlalu kabur.. Berbunga sikit hati. 
24 Februari 2017 ~ Cek UPT lagi, Kali ni naik 2 line cepat but still kabur.
26 Februari 2017 ~ Cek UPT lagi. hahhaahahha.. banyak kali cek. nak confirmation. naik 2 line yang pekat sikit
3 Mac 2017 ~ Cek upt lagi. Tapi kali ni guna clear blue sebab nak confirmkan lagi sebelum pergi checkup kat klinik swasta. dan result keluar kat clearblue 3+. maksudnya dah 5 minggu keatas. Den terus checkup doktor di klinik Aj-Jazrah. Doktor tu kata awal lagi untuk scan dan dia set kan appointment waktu minggu ke 10 pregnant.

Now kena tunggu je la appontment tu. Dan jaga kesihatan dan pemakanan.






THROWBACK WEDDING ERNA DAN DIN

Lama gila rasanya tak update blog. so hari ni just nak buat throwback majlis nikah, dan resepsi

MAJLIS NIKAH
MUA DAN PELAMIN = JENDELA ISMA
PHOTOGRAPHER=SHAP ASHRAF
BAJU = BAJU SENDIRI










MAJLIS RESEPSI
MUA/PELAMIN/BAJU = JENDELA ISMA
PHOTOGRAPHER=SHAP ASHRAF