Tuesday, March 29, 2016

Photographer !!!

Chill la. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.


Ceritanya begini, saya dah tempah pakej photographer kat sepupu saya. Saya ada mention dalam entry sebelum ini. Tapi alangkah malangnya untuk saya, sebab dia terpaksa batalkan tempahan saya tu. Tapi, bila dengar alasan kenapa dia terpaksa batalkan terasa happy pulak untuk dia. Sebab dia disahkan mengandung. Tarikh due bersalin mungkin dalam bulan 10. Seronok dengar dia pregnant.. wahhhhhhhh.

Okay. Berbalik cerita photographer tadi. Ada 3 OP yang menarik minat saya
HHH Photography
Selamber Picture's
Kotak Hati Photography

Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya. Tarikh majlis masih lagi kosong untuk ketiga tiga OP. So, saya decide untuk book terus Kotak Hati Photographer by Azer. Saya dah bayar deposit dah pun.

Sunday, March 20, 2016

Just a Thought


Jangan ada yang nak muntah hijau pulak. kalau tak sanggup baca sila buka entri lain ya. 
Dulu Mr I? .Kenal Mr I pun tak lama. Dah tiada jodoh, so move on je la kan. Buat apa nak tunggu orang yang dah tidak suka kat kita kan. Mungkin ada lagi yang terbaik untuk kita dan yang lagi faham perangai kita. Bila dah move on terjumpa pulak Mr S.

Perkenalan dengan Mr S ni sangat singkat, caring dan tegas orangnya.Mr S tau saya ni jenis yang cemburu, perangai macam budak-budak tapi dia tetap menerima saya seadanya dan sangat BERSABAR ye. Kami tak sampai 1 tahun kenal dah bertunang. sekarang tengah countdown untuk kahwin pulak. Alhamdulillah, Allah dah pertemukan jodoh dan permudahkan urusan kami. tinggal buat preparation untuk kahwin je ni. Kursus kahwin dah pegi. Dah boleh kahwin dah. Harap di permudahkan segala urusan.


Thursday, March 17, 2016

Tips Ke Cameron Highland



Assalamualaikum semua,

Dah lama saya teringin share percutian saya ke cameron highland. Actually cameron highland ni, tempat yang paling saya suka pergi dalam Malaysia. Nak tau kenape?? Sebab sejuk.. Nak pergi luar negara tak mampu lagi.

Tak kira cuti sekolah atau tak, saya memang akan pergi kesana bersama family tercinta. Selalunya kami pergi ke sana balik hari sahaja, which mean, pegi pagi balik petang. JALAN JEM?? saya menghadap jem sekejap je. tak adalah lama sangat. Nanti saya share tips ye. Nak cerita pasal trip ke Cameron baru-baru ini.
Trip kali ni tersangat-sangat la best and first time kami akan menginap di sini. Kabus sangat tebal dan sangat sejuk kat sana. Sebelum ini saya pergi sejuk biasa, kali ini terlampau sejuk pulak.
Kami terus singgah ke brinchang, pergi ke kedai S corner. situ banyak jugak buah yang murah murah daripada kat pasar pagi brinchang.


Tersangat lah sejuk cuaca disana ye. Untuk penginapan pulak saya dah book hotel titiwangsa menggunakan AGODA. RM 298 untuk 4 orang termasuk breakfast. Punya lah terkejut bila sampai sana, pihak hotel bukan beri breakfast sahaja, tetapi steambot untuk makan malam FREE of charge. Ini pun untuk 4 orang. Bilik tersangat lah luas. Makanan Best.. memang lepas ni akan book hotel ni sahaja.
Saya nak kongsi satu rahsia, ni untuk pembaca laman saya je ye. tips nk ke cameron highland waktu public holiday untuk elak jem. pastikan anda sampai puncak/tringkap seawal 8 pagi jangan singgah mana-mana perhentian dahulu. selepas dah sampai puncak, baru anda turun semula ke brinchang dan ke tanah rata. sewaktu turun tu baru anda buat persinggahan dimana-mana yang anda ingin lawati. InsyaAllah perjalanan akan berjalan lancar dan tidak jem seperti selalu. Untuk Makan tengahari anda boleh singgah di Tanah Rata. Disitu banyak kedai makanan.



Tula tips saya. sesiapa yang dah baca dan mengikuti tips ni, boleh komen disini. Nak tau juga berapa ramai yang mengikuti tips ni, dan bagaimana hasilnya. 

Wednesday, March 16, 2016

Kahwin Dan Cermin Mata

Aku pakai cermin mata memang dari sekolah rendah lagi. so, cermin mata ni memang tak boleh dipisahkan. Power cermin mata pun agak tinggi dalam 500. Terukkan... 
So Maybe kahwin nanti aku akan pakai cermin mata. Ramai juga kawan-kawan yang suruh pakai contact len. AND I SAID NOPE.. TOTALLY NO. Ada yang kata rugi la, kalau pakai cermin mata nanti make up tak lawa. Sebab lain, sekali seumur hidup kan majlis, bila lagi nak pakai lens. Bila kata tidak biasa, kawan suruh beli awal praktis awal-awal pakai lens. 
MALANG TIDAK BERBAU OKAYYY!!! Majlis sekali seumur hidup, mata pulak kalau rosak tiada pengganti. tak sanggup ambil risiko........ Harap bertabah la dengan keputusan pakai cermin mata ni. 

Ni ada dua kes mata yang hampir buta sebab contact lens, satu kes lama dan satu kes baru. 

p/s: mencegah lebih baik dari mengubati..