Sunday, February 8, 2015

Friday, February 6, 2015

Resepi Beef Lasagna

Erna nak share sikit resepi beef lasagna..
Sebenarnya ni lain sikit. sebab 2 in 1 Macaroni + Lasagna.

Baru RARE.. 

Bahan-bahan
Kepingan lasagna
Cheese -- Erna guna cheesdale tu je,
Macaroni

Bahan Kuah
Sos Prego
Meat Ball--cincang halus
Bawang -- potong dadu
Tomato -- potong dadu

Langkah-langkah
1. Rebus macaroni dan toskan.
2. Tumiskan bawang dengan meat ball..  masukkan sos prego. dan kemudian masukkan tomato. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. kuah lasagna telah siap..
3. Letakkan Macaroni didalam aluminium foil. kemudian ,tuangkan kuah tersebut di atas macaroni. lapiskan dengan kepingan cheese. Kemudian letakkan satu kepingan lasagna, lapiskan semula dengan kuah lasagna. Kemudian letak kepingan cheese lagi..
4, Bakar dalam kuali pemanggang ajaib dalam 15 minit.
5. selepas itu boleh dihidang dan makan. 

Senang je buat kan. klo nak sedap lagi letak la banyak lapisan. Pastu letak cendawaan butang ke.

Selamat mencuba




Thursday, February 5, 2015

RESEPI KIMBAB

Seronok kalau tengok cerita korea. Lagi-lagi kalau ada pasal makanan.
tu yang best.
Cara diorang makan tu memang sangat menyelerakan.

So terasa la nak buat kimbab versi sendiri without sayur. sebab tak berapa minat letak timun/carrot dalam kimbab tu.

Kimbab yang Erna buat ni simple je.

Bahan-Bahan
Dry seaweed -- yang selalu orang guna buat sushi.
Sosej
Crab Sticks
Tuna -- tuna yang dalam tin tu. Erna guna yang tuna spread kat roti tu.
Nasi -- Erna guna beras biasa je.

Cara-cara.
1. Sosej dengan crab stick tu di goreng kat non-stick pan. tak perlu guna minyak.
2. potong sosej n crabstick hiris memanjang.
3. Letakkan nasi dia atas rumpai laut dan letakkan sosej, crab stick dan tuna. Kemudian gulung.
4. Potong kimbab dan boleh dimakan.

*kalau ada bamboo mat lagi senang nak gulung kimbab tu.

senang kan nak buat.. jadi boleh la try..cuba..test...

sumber gambar = sini